Wednesday, June 3, 2009

MAAF

Maaf di pinta kerana lama menyepi. saya amat sibuk dalam dua bulan kebelakangan ini. insya Allah, saya akan kembali dalam waktu terdekat. terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog ini.

Thursday, April 16, 2009

Entry Kaki

baik lah. memandangkan ini contest pertama. saya dgn muktamadnya memutuskan agar anda menulis entry berkenaan dgn kaki hasil dari persetujuan juri2 yg diketuai oleh ooi euw jin. eh takde2, itu juri muzik2 zaman dulu. ok. mungkin masa akan datang saya akan membuat CONTEST BULU pulak. so bermula malam ini sehingga 22 april, sila betungkus-lumus membuat entry kaki.

bagi yang masi confuse, anda boleh mencipta entry bertemakan kaki dgn pelbagai maksud. contohnya :
saya seorang KAKI pukul, panas baran, sudahla miskin. semua kawan2 ku suka merendah2kan diri ku atas kemiskinan diriku. common la. kalau nak hina aku, cakap tu, tengok KAKI la beb. aku walaupun miskin, aku hensem lagi kacak. KAKI aku pun putih gebu lagi seksi.

mcm tu la cntoh2 yang tidak menarik yang boleh saya sertakan. harap2 anda boleh menulis entry yang sangat menarik. Ok! Selamat Berjaya.

Wednesday, April 15, 2009

Kaki Vs Bulu

memandangkan contest ni baru bermula, oleh itu, saya membuka peluang untuk bakal peserta kontez mengutarakan pendapat. tema mana satu lebih menarik, kaki atau bulu? anda boleh memulakan undian anda bermula sekarang. sehingga esok malam. selesai proses pengundian, saya akan mewarwarkan tema muktamad untuk kontez ini. maka, dengan bermulanya proses pengundian ini, kontez ini akan ditunda sehingga esok malam. sila tinggalkan undi di bahagian comment.

Contest #1

saya ingin mengagihkan zakat kepada rakan2 blogger sekalian. hehe.. takde. sebenarnya saya mengalami dan melalui minggu yang sungguh memboringkan sehinggakan mendatangkan stress kepada diri saya. oleh itu, saya ingin menganjurkan kontez ini semata-mata untuk menghiburkan diri sendiri. semakin kreatif penyertaan anda, semakin tinggi peluang untuk menang. anda boleh mengarang atau mencipta entry pelbagai genre. komedi, sedih, sengal atau thriller, terpulang kepada anda. yang pasti, kalau contest ini mendapat sambutan yang menggalakkan, saya akan berterusan menganjurkan peraduan dan hadiah akan cuba diperbaiki dari semasa ke semasa.

peraturan bagi contest #1 ini:
1. Sila buat entry bertemakan "Kaki"
2. Cuba buat sekreatif yang mungkin.
3. Contoh :
aku amat bengang dengan boyfriend ku. beliau terlalu melebihkan hobinya berbanding diri ku. beliau merupakan seorang kaki pancing.

atau

Beginila nasib hidupku. semakin hari aku semakin takut dengan wabak yang melanda kampung ini. penyakit kaki, mulut dan tangan amat merisaukan aku. maklumlah, aku seorang kakitangan hospital.

4. Buat masa ini, hadiah yang ditawarkan ialah:
Hadiah Utama : RM 20
Hadiah Kedua : Topup RM10
Hadiah Ketiga : Topup RM5

5. Pastikan entry anda meletakkan link blog ini.

6. Tarikh Tutup : 22 April 2009 bersamaan 26 Rabiul Akhir
Selamat Mencuba.