Wednesday, April 15, 2009

Contest #1

saya ingin mengagihkan zakat kepada rakan2 blogger sekalian. hehe.. takde. sebenarnya saya mengalami dan melalui minggu yang sungguh memboringkan sehinggakan mendatangkan stress kepada diri saya. oleh itu, saya ingin menganjurkan kontez ini semata-mata untuk menghiburkan diri sendiri. semakin kreatif penyertaan anda, semakin tinggi peluang untuk menang. anda boleh mengarang atau mencipta entry pelbagai genre. komedi, sedih, sengal atau thriller, terpulang kepada anda. yang pasti, kalau contest ini mendapat sambutan yang menggalakkan, saya akan berterusan menganjurkan peraduan dan hadiah akan cuba diperbaiki dari semasa ke semasa.

peraturan bagi contest #1 ini:
1. Sila buat entry bertemakan "Kaki"
2. Cuba buat sekreatif yang mungkin.
3. Contoh :
aku amat bengang dengan boyfriend ku. beliau terlalu melebihkan hobinya berbanding diri ku. beliau merupakan seorang kaki pancing.

atau

Beginila nasib hidupku. semakin hari aku semakin takut dengan wabak yang melanda kampung ini. penyakit kaki, mulut dan tangan amat merisaukan aku. maklumlah, aku seorang kakitangan hospital.

4. Buat masa ini, hadiah yang ditawarkan ialah:
Hadiah Utama : RM 20
Hadiah Kedua : Topup RM10
Hadiah Ketiga : Topup RM5

5. Pastikan entry anda meletakkan link blog ini.

6. Tarikh Tutup : 22 April 2009 bersamaan 26 Rabiul Akhir
Selamat Mencuba.



6 comments:

  1. ada 15 hari lg dari skrng
    kalu aku ada masa nnt ada la entry pasal 'kaki'

    ReplyDelete
  2. khairil. saya dah anjakkan ke depan tarikh tutup. sebab terlalu lama. ni trial ni. so kena had kan masa sikit. klu sambutan memberangsangkan, mungkin kontez akan datang hadiah akan up sikit, tempoh pun akan lagi lama.

    ReplyDelete
  3. hehe.. nak join lah.. :P
    kaki..... kaki ape eyk? hihihi..

    ReplyDelete
  4. em, tak paham larr.maksud nyew kte kene bwt cerite psl KAKI kew?

    ReplyDelete
  5. aizat. tajuk tu tak kesah ape pun. tapi mesti bertemakan kaki. tak kesah kaki ape pun. kaki pancing ke, kaki pukul ke, nak citer pasal kaki awak pun tak pe. janji entry tu bertemakan kaki.. leh faham tak? terpulang dgn kekreatifan diri sendiri. lagi menarik, lagi tinggi peluang utk menang.

    ReplyDelete
  6. salam bro...wat lain....kasi up skit adiah...haha....cam menarik ni.....wat lain...t inform

    ReplyDelete